Tarikh Berkuat Kuasa: February 9, 2026
Di Mastercard, kami menawarkan dan menyokong program kesetiaan yang terkemuka di pasaran yang membolehkan anda memperoleh mata atau ganjaran bagi pembelian yang dibuat dengan kad Mastercard yang layak dan menebus mata atau ganjaran tersebut untuk mendapatkan promosi, diskaun, rebat tunai, cabutan bertuah, tawaran istimewa atau manfaat lain (“Program”). Kami mengesyorkan agar anda membaca notis ini bersama-sama dengan Notis Privasi Global Mastercard.
1. SKOP BAGI NOTIS INI
Notis privasi ini (“Notis”) menerangkan tentang cara Mastercard International Incorporated dan ahli bersekutu (secara kolektif, “Mastercard”, “kami” atau “kita”) memproses Maklumat Peribadi berkaitan dengan Program kami. “Maklumat Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti (“anda”).
Notis ini tidak termasuk proses yang dijalankan oleh Mastercard dalam konteks program lain seperti laman web priceless.com. Sila rujuk notis privasi Priceless untuk mendapatkan maklumat tentang cara kami memproses Maklumat Peribadi anda apabila anda menggunakan priceless.com. Notis ini juga tidak termasuk pemprosesan yang berlaku apabila kami bertindak bagi pihak dan di bawah arahan institusi kewangan (contohnya, bank yang mengeluarkan kad Mastercard anda), peniaga serta rakan kongsi lain yang bertindak sebagai pengawal data, termasuk bagi tujuan memproses transaksi pembayaran. Sila rujuk notis privasi mereka untuk mendapatkan maklumat tentang pemprosesan Maklumat Peribadi anda dalam kes sedemikian.
2. MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI PROSES UNTUK PROGRAM INI
Di bawah Program ini, kami mengumpulkan jenis Maklumat Peribadi berikut yang berkaitan dengan anda:
- Maklumat akaun dan butiran hubungan, seperti nama penuh, alamat e-mel, nombor kad pembayaran yang anda pilih untuk mendaftar Program, tarikh luput, CVC2, kelayakan log masuk, jumlah mata atau ganjaran terkumpul dan sejarah penebusan mata atau ganjaran. Bergantung pada program, anda juga boleh memilih untuk memberikan butiran tambahan, seperti alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nombor ID cukai dan jantina jika dibenarkan oleh undang-undang.
- Maklumat transaksi yang berkaitan dengan kad yang didaftarkan dalam Program, seperti tarikh/masa pembayaran, nombor akaun peribadi, nama pedagang, kod komersial dan transaksi, mata wang dan jumlah pembelian serta ID token yang dijana untuk mengenal pasti sama ada pembelian anda layak atau tidak untuk Program ini.
- Keutamaan atau minat anda terhadap sesuatu tawaran atau kategori tawaran tertentu
- Lokasi geografi anda (jika anda memilih untuk mendayakan perkongsian lokasi bagi melihat tawaran berhampiran anda).
- Maklumat yang diberi semasa anda melengkapkan tinjauan secara sukarela.
- Maklumat yang diberi berkaitan dengan sokongan pelanggan kami, seperti tarikh, masa dan kandungan mesej anda.
- Maklumat berkaitan peranti (contohnya, ID peranti, model peranti, jenis pelayar, sistem operasi, URL rujukan, alamat IP, data lokasi) dan maklumat tentang interaksi anda dengan Program pada laman web kami atau dengan e-mel yang kami hantar kepada anda (contohnya, tarikh dan masa tindakan dibuat). Kami mengumpulkan maklumat tersebut melalui kuki dan teknologi yang serupa (seperti suar web dan penjejak lain), sebagaimana yang diterangkan dalam alat persetujuan yang disediakan pada laman web kami atau dalam e-mel yang kami hantar kepada anda.
Kami memperoleh kategori Maklumat Peribadi di atas daripada pelbagai sumber: daripada pihak ketiga seperti institusi kewangan, pengendali dan pedagang program kesetiaan, secara langsung daripada anda, atau melalui interaksi anda dengan kuki dan teknologi yang serupa. Bergantung pada undang-undang yang berkenaan, sesetengah maklumat ini mungkin layak dikategorikan sebagai Maklumat Peribadi sensitif.
3. CARA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di bawah. Bergantung pada negara tempat anda berada, kami hanya akan memproses Maklumat Peribadi anda sekiranya kami mempunyai asas undang-undang untuk melakukan pemprosesan tersebut, seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa walaupun jadual ini tidak menyenaraikan persetujuan sebagai asas undang-undang bagi setiap aktiviti pemprosesan, di sesetengah negara, persetujuan merupakan satu-satunya atau asas undang-undang yang paling wajar untuk memproses Maklumat Peribadi, dan di negara-negara tersebut, kami bergantung pada persetujuan untuk semua jenis aktiviti pemprosesan.
|
|
Asas Undang-undang untuk Pemprosesan
|
|
Menentukan kelayakan untuk menerima tawaran berkaitan dengan jenis kad anda serta mengenal pasti transaksi yang mungkin layak untuk mendapat mata atau ganjaran.
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi membolehkan kami menentukan kelayakan, mengurus dan menyediakan Program serta manfaat Program kepada anda.
|
|
Mencipta dan mengurus akaun untuk Program anda, menyediakan perkhidmatan kami, berkomunikasi dengan anda tentang Program dan membalas pertanyaan anda.
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia yang lain; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk mencipta dan mengurus akaun, menyediakan perkhidmatan kami dan membalas pertanyaan anda.
|
|
Memproses dan memenuhi pembelian yang dibuat pada atau melalui Program.
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia yang lain.
|
|
Melindungi serta mencegah penipuan dan ancaman (siber), transaksi yang tidak dibernarkan, penyalahgunaan Program, tuntutan dan liabiliti lain.
|
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia yang lain; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan melindungi daripada berlakunya penipuan, memastikan keselamatan Program kami, rangkaian kami serta transaksi pembayaran yang kami proses.
|
|
Menghantar pemberitahuan tolak dan komunikasi pemasaran tentang Program (termasuk pertandingan, cabutan bertuah dan sebarang aktiviti pemasaran yang lain).
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan memasarkan produk dan perkhidmatan.
|
|
Menganalisis keutamaan, corak perbelanjaan, minat, penggunaan dan interaksi anda dengan Program, bagi tujuan menyediakan anda dengan tawaran yang relevan, memperibadikan kandungan dan cadangan yang berkaitan dengan Program (contohnya, kami mungkin memperlihatkan kepada anda tawaran yang sesuai dengan lokasi geografi anda atau berdasarkan sejarah pembelian anda).
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan menyediakan kandungan dan cadangan yang diperibadikan untuk anda.
|
|
Mengendalikan, menilai dan menambah baik produk dan perkhidmatan kami, termasuk keberkesanan tawaran dan kempen kami, serta menganalisis laman web, aplikasi mudah alih dan sebarang aset digital Program yang lain bagi melancarkan fungsi Program.
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan mengendalikan, menilai dan menambah baik produk atau perkhidmatan kami serta menggalakkan penglibatan pelanggan dalam Program ini.
|
|
Mengawanamakan maklumat peribadi dan menyediakan laporan teragregat bagi tujuan analisis dalaman serta bagi menasihati institusi kewangan, pedagang, pelanggan dan juga rakan kongsi kami yang lain berhubung dengan corak perbelanjaan, penipuan, serta maklumat lain.
|
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan menjadikan Maklumat Peribadi anda tidak dapat dikenal pasti dan untuk menyediakan laporan data teragregat; atau
- Pemprosesan ini dijalankan untuk tujuan statistik dan/atau penyelidikan (dalam bidang kuasa di mana asas undang-undang sedemikian tersedia).
|
|
Menguatkuasakan syarat penggunaan yang berkenaan atau sebagaimana yang perlu bagi mewujudkan, menggunakan dan mempertahankan hak undang-undang.
|
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia yang lain; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan menguatkuasakan terma penggunaan Program dan bagi mewujudkan, menggunakan dan mempertahankan hak undang-undang.
|
|
Mematuhi undang-undang yang berkenaan atau jika diminta oleh mana-mana proses kehakiman, penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan yang mempunyai atau menuntut kuasa ke atas Mastercard.
|
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia yang lain; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuana memberi respons kepada proses kehakiman, penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan.
|
|
Mematuhi piawaian industri dan dasar kami.
|
- Anda telah membenarkan atau mengarahkan penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia yang lain; atau
- Pemprosesan perlu dilakukan bagi mengikat atau melaksanakan kontrak yang melibatkan anda sebagai satu pihak; atau
- Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan mematuhi piawaian industri dan dasar kami.
|
4. CARA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda:
- Dengan ibu pejabat Mastercard di A.S., ahli bersekutu kami, dan entiti lain dalam kumpulan syarikat Mastercard.
- Dengan agensi pemasaran dan penyedia perkhidmatan lain yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami dan berkaitan dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami mengenakan perlindungan data kontrak dan kewajipan keselamatan yang ketat terhadap mereka.
- Dengan institusi kewangan (contohnya, bank pengeluar kad yang didaftarkan dalam Program) atau pedagang setakat yang diperlukan bagi tujuan menyokong inisiatif berkaitan Program serta mengendalikan aduan.
- Dengan pihak ketiga yang mengendalikan atau menyokong Program yang telah anda pilih untuk sertai.
- Dengan rakan penebusan bagi tujuan memproses atau memenuhi pembelian atau pemindahan yang dibuat melalui Program.
- Apabila kami percaya bahawa pendedahan perlu dilakukan untuk melindungi kepentingan utama individu, melindungi Mastercard daripada kemusnahan atau kerugian kewangan, atau jika ianya berkaitan dengan penyiasatan aktiviti penipuan atau aktiviti tidak sah yang disyaki atau benar-benar berlaku.
- Sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang atau proses undang-undang yang berkenaan, atau untuk memberi respons kepada permintaan yang dibuat oleh penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan. Apabila menerima permintaan sedemikian, kami akan mengikuti proses yang ditetapkan dalam Peraturan Korporat Kami yang Mengikat terbuka dalam tab baharu, jika berkenaan.
- Sekiranya berlaku penjualan atau pemindahan perniagaan atau aset kami, secara keseluruhan atau sebahagian. Dalam keadaan sedemikian, kami akan berusaha sedaya-upaya mengarahkan pihak yang menerima pindahan tersebut untuk menggunakan Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami secara konsisten dengan Notis ini.
5. HAK DAN PILIHAN ANDA, CARA MENGHUBUNGI KAMI, DAN MAKLUMAT TAMBAHAN TENTANG AMALAN KAMI
Anda mempunyai hak dan pilihan tertentu berkenaan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengemukakan permintaan untuk menggunakan hak terhadap Maklumat Peribadi anda, atau hak untuk menghubungi kami, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami berkongsi, memindahkan, menyimpan atau melindungi Maklumat Peribadi anda, sila rujuk “Hak dan Pilihan Anda" dalam Notis Privasi Global kami. Anda boleh menggunakan hak anda untuk menarik diri daripada pemprosesan Maklumat Peribadi oleh pihak kami dengan menghantar e-mel kepada kami di: privacyanddataprotection@mastercard.com. Sila nyatakan nama Program yang anda minta dalam subjek e-mel anda.
Notis ini memberikan maklumat lanjut tentang aspek pemprosesan maklumat peribadi tertentu yang dirangkum oleh Notis Privasi Global kami. Untuk pertanyaan tentang kad Mastercard dan pembelian anda, sila hubungi institusi kewangan atau pedagang anda. Maklumat lanjut tentang cara menghubungi mereka boleh didapati pada laman web mereka.