Mastercard - Notis Privasi Global

Tarikh Berkuat kuasa: 17 Februari 2017

Mastercard International Incorporated dan anggota gabungannya (secara kolektif “Mastercard”) menghormati privasi anda. Notis Privasi Global ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut, dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut, dan pilihan yang boleh anda ambil tentang cara kami menggunakan maklumat itu. Kami juga menerangkan langkah yang kami ambil untuk melindungi keselamatan maklumat dan bagaimana anda boleh menghubungi kami tentang amalan privasi kami.

Entiti Mastercard bertanggungjawab terhadap pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi Global ini yang dinyatakan pada bahagian Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami dalam dokumen ini.

Amalan privasi kami mungkin berbeza dengan negara di mana kami beroperasi untuk menggambarkan amalan dan keperluan undang-undang tempatan.

Click on one of the links to below to jump to the listed section:

 

Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul

Mastercard boleh mendapatkan maklumat tentang anda daripada pelbagai sumber.

Sebagai pemproses transaksi pembayaran dan penyedia perkhidmatan yang berkaitan, kami memperoleh maklumat peribadi yang terhad tentang diri anda daripada institusi kewangan, peniaga dan entiti lain yang berkaitan dengan transaksi pembayaran anda.

Dalam konteks ini, kami menerima nombor akaun kad, nama dan lokasi pedagang, tarikh dan jumlah transaksi. Yang penting sekali, kami tidak memerlukan nama pemegang kad atau maklumat hubungan lain untuk memproses transaksi pembayaran.

Kami juga boleh mendapatkan maklumat anda daripada syarikat yang menggunakan atau menyediakan kemudahan penggunaan produk atau perkhidmatan Mastercard yang lain dan daripada sistem maklumat yang tersedia kepada umum.

Selain itu, anda boleh memilih untuk memberikan maklumat secara terus kepada kami melalui beberapa kaedah, termasuk: (i) di laman web kami, (ii) sebagai maklum balas kepada pemasaran atau pemberitahuan lain, (iii) melalui media sosial, (iv) dengan mendaftarkan diri untuk produk atau perkhidmatan Mastercard, (v) melalui penyertaan dalam tawaran, program atau promosi, atau (iv) melalui hubungan perniagaan sebenar atau yang berpotensi atau hubungan pekerjaan dengan kami. Anda juga boleh memilih untuk memberikan kebenaran kepada pihak ketiga untuk mendedahkan maklumat anda yang telah dikumpulkan oleh pihak ketiga tersebut kepada kami.

Jenis maklumat peribadi yang boleh kami dapatkan atau yang mungkin anda putuskan untuk beri termasuklah:

  • Maklumat hubungan (seperti nama, alamat pos atau e-mel dan nombor telefon)
  • Maklumat hubungan perniagaan (seperti jawatan, jabatan dan nama organisasi)
  • Nama pengguna dan kata laluan
  • Maklumat akaun bayaran
  • Maklumat hubungan rakan atau orang lain yang anda ingin kami hubungi
  • Maklumat yang anda beri (seperti gambar, artikel dan komen)
  • Maklumat yang anda paparkan melalui akaun media sosial atau keahlian dengan pihak ketiga
  • Pengecam unik peranti mudah alih
  • Data lokasi geografi
  • Maklumat lain (seperti keutamaan dan tabiat membeli-belah, keutamaan bahasa, umur, tarikh lahir, jantina dan status keluarga)

Kami, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami mengumpulkan maklumat tertentu dengan menggunakan kaedah automatik, seperti kuki dan bikon web, apabila anda berinteraksi dengan iklan, aplikasi mudah alih kami, atau melayari laman web, laman atau aset digital kami yang lain. Maklumat yang kami kumpul melalui cara ini mungkin termasuk: alamat IP, jenis pelayar, sistem pengoperasian, URL rujukan, maklumat tentang tindakan yang diambil atau interaksi dengan aset digital kami. "Kuki" ialah fail teks yang disimpan di dalam cakera keras komputer oleh pelayan web. "Bikon web", yang juga dikenali sebagai tag Internet, tag piksel atau GIF yang jelas, digunakan untuk menghantar semula maklumat ke pelayan web.

Kami boleh menggunakan perkhidmatan analisis web pihak ketiga di laman web kami dan aplikasi mudah alih, seperti yang terdapat di Adobe Omniture. Penyedia analisis yang menjalankan perkhidmatan ini menggunakan teknologi seperti kuki dan bikon web untuk membantu kami menganalisis bagaimana pelawat menggunakan laman web dan aplikasi kami.

Kami, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami juga boleh mengumpulkan maklumat tentang aktiviti anda di laman web dan aplikasi kami untuk digunakan bagi memberi anda maklumat dan pengiklanan yang sesuai dengan minat anda secara individu. Maklumat yang dikumpul untuk tujuan ini mungkin termasuk butiran tentang perkara seperti laman atau iklan tertentu yang anda lihat di dalam laman web kami dan juga tindakan yang anda ambil di laman web dan aplikasi kami. Sila lihat bahagian “Hak dan Pilihan Anda” dalam Notis Privasi Global ini untuk mengetahui tentang keupayaan anda, pada bila-bila masa, untuk pilih-keluar atau mengehadkan tingkah laku dalam penggunaan pelayar anda bagi tujuan pengiklanan tingkah laku dalam talian.

Kembali ke atas

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul

Kami boleh menggunakan maklumat peribadi yang kami peroleh tentang anda untuk:

  • Memproses transaksi pembayaran anda (termasuk kebenaran, penjelasan, caj balik dan aktiviti lain yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian)
  • Melindungi daripada dan mencegah penipuan, transaksi tanpa kebenaran, tuntutan dan liabiliti lain, dan menguruskan pendedahan risiko dan kualiti francais berhubung dengan integriti dan keselamatan rangkaian pembayaran kami
  • Mewujudkan dan menguruskan apa-apa akaun anda yang mungkin ada dengan kami dan menjawab pertanyaan anda
  • Menyediakan, menguruskan dan memaklumkan kepada anda tentang produk, perkhidmatan, tawaran, program dan promosi Mastercard, pengeluar, pemeroleh, pedagang dan rakan kongsinya (termasuk pertandingan, cabutan bertuah dan apa-apa aktiviti pemasaran lain)
  • Menerbitkan direktori perniagaan (yang mungkin termasuk maklumat hubungan perniagaan)
  • Mengendalikan, menilai dan menambah baik perniagaan kami (termasuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu; menguruskan komunikasi kami; menentukan keberkesanan dan mengoptimumkan pengiklanan kami; menganalisis produk, perkhidmatan, laman web, aplikasi mudah alih dan apa-apa aset digital kami yang lain; memudahkan fungsian laman web, aplikasi mudah alih dan apa-apa aset digital kami yang lain; dan menjalankan aktiviti perakaunan, pengauditan, urusan bil, penyelarasan dan pungutan)
  • Merahsiakan maklumat peribadi serta menyediakan dan memberikan laporan data teragregat yang menunjukkan maklumat tanpa nama, (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut: penyusunan, analisis, model dan kaedah analisis dan ramalan, dan laporan teragregat yang lain) bagi tujuan untuk memaklumkan institusi pengeluar dan pemeroleh, pedagang serta pelanggan dan rakan kongsi kami yang lain berkenaan dengan corak pada masa lalu dan yang berpotensi pada masa depan bagi perbelanjaan, penipuan dan dapatan lain yang mungkin boleh diambil daripada data ini
  • Menilai minat anda dalam pekerjaan dan menghubungi anda berhubung dengan peluang pekerjaan dengan Mastercard
    Menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami atau hak-hak undang-undang yang lain
  • Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai atau yang dikehendaki oleh apa-apa proses kehakiman atau agensi kerajaan yang mempunyai atau menuntut bidang kuasa ke atas Mastercard atau anggota gabungan Mastercard
  • Mematuhi piawaian industri dan dasar kami

Kami juga boleh menggunakan maklumat ini dengan cara lain yang notis khas akan kami beri semasa pengumpulan maklumat.

Kembali ke atas

Maklumat Peribadi yang Kami Kongsi

Kami tidak menjual atau mendedahkan maklumat peribadi anda yang kami kumpul, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi Global ini atau seperti yang kami dedahkan kepada anda semasa data dikumpul.

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi yang kami kumpul dengan anggota gabungan kami, institusi kewangan atau entiti lain yang mengeluarkan kad bayaran atau memproses transaksi pembayaran dan pedagang. Kami berkongsi maklumat peribadi untuk memproses transaksi pembayaran dan menjalankan aktiviti lain yang anda pohon. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan entiti yang membantu pencegahan penipuan kad bayaran, untuk melindungi transaksi pembayaran daripada penipuan, dan untuk memastikan keselamatan transaksi dan sistem pemprosesan pembayaran kami. Sebagai contoh, dalam konteks ini kami menyediakan pengeluar kad dengan maklumat tentang transaksi pemegang kad mereka yang diproses oleh Mastercard.

Selain itu, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga yang lain dengan kebenaran anda. Apabila Mastercard bertindak sebagai penyedia perkhidmatan untuk pihak ketiga, kami mungkin memberikan kepada mereka maklumat peribadi yang kami kumpul bagi pihak mereka.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan penyedia perkhidmatan kami yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami. Kami memberi kuasa kepada penyedia perkhidmatan ini untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat hanya apabila perlu untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami atau bagi mematuhi keperluan undang-undang. Kami menghendaki penyedia perkhidmatan ini mematuhi kontrak bagi melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi yang mereka proses bagi pihak kami.

Mastercard memindahkan maklumat peribadi dalam kalangan kumpulan syarikat gabungan Mastercard, tertakluk pada syarat Notis Privasi Global ini atau sebaliknya seperti yang kami dedahkan kepada anda semasa data dikumpulkan (contohnya melalui program notis privasi khusus).

Di laman web kami, anda boleh memilih untuk menggunakan ciri tertentu yang boleh diakses melalui, atau yang kami kongsi dengan, entiti lain yang sebaliknya tidak bergabung dengan Mastercard. Ciri ini, termasuklah rangkaian sosial dan alat lokasi geografi, dikendalikan oleh pihak ketiga, termasuklah rangkaian sosial, dan dikenal pasti dengan jelas seperti yang dinyatakan. Pihak ketiga ini boleh menggunakan atau berkongsi maklumat peribadi menurut dasar privasi mereka sendiri. Kami amat menyarankan agar anda menyemak dasar privasi pihak ketiga tersebut jika anda ingin menggunakan ciri yang berkaitan.

Kami mungkin mendedahkan maklumat anda (i) jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang, (ii) apabila kami percaya pendedahan adalah perlu untuk mencegah kemudaratan atau kerugian kewangan, atau (iii) berkaitan dengan penyiasatan penipuan yang disyaki atau yang sebenar atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Kami berhak memindahkan maklumat peribadi yang kami ada tentang anda jika kami menjual atau memindahkan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami. Sekiranya penjualan atau pemindahan itu berlaku, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mengarahkan penerima pindahan untuk menggunakan maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami dengan cara yang selaras dengan Notis Privasi Global kami. Berikutan penjualan atau pemindahan tersebut, anda boleh menghubungi entiti yang telah kami pindahkan maklumat peribadi anda untuk apa-apa pertanyaan tentang pemprosesan maklumat tersebut.

Kembali ke atas

Hak dan Pilihan Anda

Anda mempunyai hak tertentu berhubung dengan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda. Kami juga menawarkan anda dengan beberapa pilihan tertentu tentang jenis maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda, bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana kami berkomunikasi dengan anda.

Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada Mastercard dengan berhenti daripada melakukan transaksi pembayaran. Anda juga boleh berhenti daripada memberikan maklumat secara terus kepada kami. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan maklumat peribadi apabila diminta, anda mungkin tidak mendapat sepenuhnya manfaat daripada pelbagai jenis produk dan perkhidmatan Mastercard, dan kami mungkin tidak dapat memberi anda maklumat tentang produk, perkhidmatan dan promosi kami.

Anda boleh untuk pilih-keluar daripada pengumpulan dan penggunaan maklumat tertentu, yang telah kami kumpul tentang anda dengan kaedah automatik, semasa anda melayari laman web kami. Dalam bidang kuasa tertentu, anda boleh membuat pilihan anda melalui alat Kebenaran Kuki yang dipaparkan di bahagian bawah kanan laman web Mastercard. Pelayar anda mungkin memberitahu anda cara untuk dimaklumkan dan untuk pilih-keluar daripada menerima jenis kuki tertentu. Selain itu, di laman web Mastercard tertentu, kami mungkin memberi anda beberapa pilihan lain berhubung dengan penggunaan kuki. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tanpa kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua ciri laman web atau perkhidmatan dalam talian kami.

Anda boleh untuk pilih-keluar daripada penggunaan maklumat tertentu, yang telah kami kumpul tentang anda dengan kaedah automatik semasa anda melayari laman web pihak ketiga dan berinteraksi dengan iklan kami. Kami boleh menggunakan penyedia perkhidmatan untuk mengendalikan iklan di laman web pihak ketiga tersebut. Iklan ini boleh disesuaikan dan dikendalikan berdasarkan penggunaan data yang telah kami (dan rakan kongsi kami) kumpul di laman web dan aplikasi kami. Selain itu, sebahagian daripada penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami boleh mengumpulkan maklumat tentang aktiviti dalam talian anda sepanjang masa dan melalui laman web pihak ketiga untuk menyesuaikan dan menyiarkan iklan ini. Ada kalanya iklan Mastercard dipaparkan menggunakan ikon yang membantu pelanggan (i) mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana data mereka digunakan, dan (ii) membuat pilihan yang ada berhubung dengan penggunaan data mereka. Sila klik di sini atau, jika berkenaan, pada ikon dalam iklan yang kami sasarkan untuk mengetahui tentang kebolehan anda untuk pilih-keluar atau mengehadkan tingkah laku dalam penggunaan pelayar anda bagi tujuan pengiklanan tingkah laku dalam talian.

Anda boleh, pada bila-bila masa, memberitahu kami supaya tidak menghantar kepada anda pemberitahuan pemasaran melalui e-mel dengan mengklik pautan henti-langgan dalam e-mel pemasaran yang anda terima daripada kami, atau dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Anda juga boleh pilih-keluar untuk tidak menerima e-mel pemasaran daripada Mastercard dengan mengklik di sini.

Seperti yang dinyatakan di atas, kami boleh merahsiakan maklumat peribadi untuk melakukan analisis data. Untuk pilih-keluar daripada kerahsiaan tersebut, klik di sini.

Jika majikan anda memberikan maklumat peribadi anda kepada Mastercard, anda mungkin mempunyai beberapa pilihan tertentu berhubung dengan penggunaan atau pendedahan maklumat tersebut oleh Mastercard. Sila hubungi majikan anda untuk mengetahui tentang dan membuat pilihan anda.

Setakat yang diperuntukkan oleh undang-undang yang terpakai, anda boleh menarik balik apa-apa kebenaran yang anda berikan kepada kami sebelum ini, atau menolak pada bila-bila masa atas alasan yang sah, berhubung dengan pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami akan menggunakan keutamaan anda pada masa depan. Dalam sesetengah keadaan, menarik balik kebenaran anda terhadap penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi anda oleh Mastercard bermakna bahawa anda tidak boleh menggunakan manfaat produk atau perkhidmatan tertentu Mastercard.

Tertakluk pada undang-undang yang terpakai, anda mungkin berhak: mendapatkan pengesahan bahawa kami menyimpan maklumat peribadi anda, memohon akses kepada dan menerima maklumat tentang maklumat peribadi anda yang kami simpan, menerima salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan, mengemas kini dan membetulkan maklumat peribadi anda yang tidak tepat, menolak untuk memproses maklumat peribadi anda dan menyekat, merahsiakan atau memadam maklumat itu, seperti yang sewajarnya. Hak untuk mengakses maklumat peribadi mungkin terhad dalam keadaan tertentu mengikut keperluan undang-undang tempatan. Untuk melaksanakan hak ini, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.

Untuk mengemas kini keutamaan anda, meminta kami untuk menyingkirkan maklumat anda daripada senarai mel atau mengemukakan permohonan untuk mengakses, mengemas kini, membetulkan atau memadam maklumat peribadi anda, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.

Sekiranya kami gagal memenuhi jangkaan anda dalam pemprosesan maklumat peribadi anda atau anda ingin membuat aduan tentang amalan privasi kami, sila maklumkan kepada kami kerana ia memberikan kami peluang untuk membetulkan masalah tersebut. Anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bahagian "Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami" di bawah. Untuk membantu kami memberi maklum balas terhadap permintaan anda, sila berikan butiran penuh berkenaan isu tersebut. Kami akan menyemak dan memberi maklum balas terhadap semua aduan dalam tempoh yang munasabah.

Jika anda memberi kami apa-apa maklumat atau bahan yang berkaitan dengan individu lain, anda seharusnya memastikan bahawa perkongsian dengan kami dan penggunaan selanjutnya maklumat atau bahan tersebut adalah seperti yang dijelaskan kepada anda dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang yang terpakai, contohnya, anda seharusnya memaklumkan sewajarnya kepada individu tersebut tentang pemprosesan data peribadi beliau dan mendapatkan kebenarannya, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

Kembali ke atas

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda yang kami kumpul kepada penerima di negara selain negara di mana maklumat itu pada asalnya dikumpul, termasuk Amerika Syarikat. Negara tersebut mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda memberikan maklumat tersebut pada awalnya. Apabila kami memindahkan maklumat anda ke negara lain, kami akan melindungi maklumat tersebut seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi Global ini atau seperti yang didedahkan kepada anda semasa data dikumpul (contohnya melalui program notis privasi khusus).

Mastercard ialah perniagaan global. Untuk menawarkan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu memindahkan maklumat peribadi anda ke beberapa negara, termasuklah Amerika Syarikat, di mana terletaknya ibu pejabat kami. Kami mematuhi keperluan undang-undang yang terpakai dengan menyediakan perlindungan yang secukupnya untuk memindahkan maklumat peribadi ke negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) atau Switzerland.

Secara khususnya, kami telah membentuk dan melaksanakan Peraturan Korporat Mengikat (“BCR”) yang diiktiraf oleh pihak berkuasa perlindungan data EEA kerana menyediakan tahap perlindungan yang secukupnya bagi maklumat peribadi yang kami proses secara global. Salinan BCR kami disediakan di sini.

Kembali ke atas

Bagaimana Kami Menyimpan dan Melindungi Maklumat Peribadi

Keselamatan maklumat peribadi anda adalah penting bagi Mastercard. Kami komited untuk melindungi maklumat yang kami kumpul. Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang dirangka untuk melindungi maklumat peribadi yang anda berikan atau yang kami kumpul daripada kemusnahan yang tidak disengajakan, yang menyalahi undang-undang atau yang tidak dibenarkan, kehilangan, pengubahan, akses, pendedahan atau penggunaan. Kami menggunakan penyulitan SSL di beberapa laman web kami, yang dengannya kami memindahkan maklumat peribadi tertentu.

Mastercard menyimpan maklumat peribadi hanya setakat ia diperlukan bagi memenuhi tujuan maklumat peribadi itu dikumpulkan, melainkan ia diperlukan atau dibenarkan sebaliknya oleh undang-undang yang terpakai. Kami mengambil langkah untuk menghapuskan atau memadamkan secara kekal pengenalpastian maklumat peribadi jika dikehendaki oleh undang-undang atau jika maklumat itu tidak lagi diperlukan bagi tujuan kami mengumpulkan maklumat tersebut.

Kembali ke atas

Pautan ke Laman Web Lain

Laman web kami mungkin menyediakan pautan ke laman web lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Laman web ini mungkin beroperasi secara bebas daripada Mastercard. Laman web yang dipaut mungkin mempunyai notis atau dasar privasi mereka sendiri, yang kami amat menyarankan agar anda menyemaknya jika anda melayari mana-mana laman web yang dipaut. Setakat mana-mana laman web yang dipaut itu tidak dimiliki atau dikendalikan oleh Mastercard, kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, apa-apa penggunaan atau amalan privasi laman web tersebut.

Kembali ke atas

Pengemaskinian Notis Privasi Global Kami

Notis Privasi Global ini boleh dikemas kini secara berkala dan tanpa memberi notis kepada anda terlebih terdahulu untuk menunjukkan perubahan dalam amalan maklumat peribadi kami. Kami akan menyiarkan notis yang dapat dilihat dengan jelas pada laman web kami yang berkenaan untuk memaklumkan kepada anda tentang apa-apa perubahan penting pada Notis Privasi Global kami, dan dinyatakan di bahagian atas Notis tersebut kali terakhir ia dikemas kini. Jika kami mengemas kini Notis Privasi Global kami, dalam keadaan tertentu, kami mungkin akan mendapatkan kebenaran anda.

Kembali ke atas

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau komen tentang Notis Privasi Global ini, amalan privasi Mastercard atau jika anda mahu kami mengemas kini maklumat atau keutamaan yang anda berikan kepada kami, sila klik di sini. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di privacyanddatausage@mastercard.com; atau menulis kepada kami di:

Pegawai Privasi Global
Mastercard International Incorporated
2000 Purchase Street
Purchase, New York 10577
Amerika Syarikat

Jika anda berada di EEA atau Switzerland, Mastercard Europe sprl mungkin entiti yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan maklumat peribadi anda. Jika anda berada di EEA atau Switzerland, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di: privacyanddatausage@mastercard.com; atau menulis kepada kami di

Pegawai Privasi Global
Mastercard Europe sprl
Chaussée de Tervuren 198A
B-1410 Waterloo
Belgium

Kembali ke atas